Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHARI OZON SEDUNIA 2022 DI TIMES SQUARE SHOPPING CENTRE


LOGO NEW JASTRE MALAY 01.png


HARI OZON SEDUNIA 2022 DI TIMES SQUARE SHOPPING CENTRE
TEMA: ‘MONTREAL PROTOCOL@35: GLOBAL COOPERATION PROTECTING

LIFE ON EARTH’

19hb November 2022, Bandar Seri Begawan



photo_2022-11-22_10-59-24.jpg



Kawasan Atrium, Times Square Shopping Centre, November 19 – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi tidak terkecuali daripada menyertai masyarakat global bagi memperingati Hari Ozon Sedunia 2022, yang lazimnya disambut secara global sejak ianya diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai hari Antarabangsa bagi Pemeliharaan Lapisan Ozon dan dalam memperingati tarikh penandantangan Protokol Montreal pada 16 September 1987. Ianya telah menjadi wadah bagi menekankan keperluan untuk bertindak secara kerjasama, menjalin perkongsian dan membangunkan kerjasama secara global dalam melindungi ozone sambil menangani cabaran iklim untuk melindungi kehidupan di bumi untuk generasi yang akan datang.

photo_2022-11-24_16-07-38.jpg



Hadir semasa acara tersebut selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan. Acara dimulakan dengan ucapan alu – aluan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Pengarah Alam Sekitar, Taman & Rekreasi. Acara diteruskan dengan ucapan dan pelancaran Hari Ozon Sedunia 2022 oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar).

Dalam ucapannya, Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan telah menyentuh mengenai tema Hari Ozon Sedunia tahun ini ‘Montreal Protocol@35: Global Cooperation Protecting Life on Earth’ dengan slogan “Ozone for All”, mencerminkan obligasi kolektif semua ahli Negara parti kepada konvensyen Vienna dan Protokol Montreal bagi memastikan lapisan ozon dipulihkan dan terjaga dari ancaman gas-gas yang menghakis lapisan ozon (Ozone Depleting Substances (ODS)) ini. Kesan negatif dari penipisan lapisan ozon ini akan akan meningkatkan sinaran UV yang sampai ke permukaan bumi, justeru boleh memberikan impak negatif kepadakesihatan seperti penyakit katarak dan kanser kulit.


WOD2022-01.JPG



Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) juga menekankan bahawa pihak Protokol Montreal telah mendapati gas alternatif yang digunakan untuk menggantikan ODS ini merupakan gas yang mempunyai nilai ‘Global Warming Potential (GWP)’ yang tinggi dan boleh menyebabkan kesan negatif kepada iklim. Melalui Pindaan Kigali yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan sejak tahun 2019, peralihan kepada gas alternatif baharu yang bersifat ‘Low GWP’ telah diperkenalkan. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah menghasilkan satu buku panduan bagi mengambil kira langkah-langkah keselamatan kerana gas ini bersifat ‘Flammable’. Buku Panduan ini mengandungi tatacara ‘Best Practices’ bagi pengendalian dan pengurusan gas-gas ‘Flammable’ dan Negara Brunei Darussalam merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menghasilkan buku panduan seperti ini.

photo_2022-11-24_16-07-38 (2).jpg



Yang Mulia turut mengongsikan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi bagi meraikan sambutan Hari Ozon Sedunia tahun ini. Salah satunya ialah jerayawara yang berkonsepkan promosi kesedaran perlindungan lapisan ozon di mana pelbagai usaha, program dan perkhidmatan yang menjurus kepada perlindungan dan pemulihan lapisan ozon dapat dilihat melalui inisiatif dari agensi-agensi Kerajaan dan syarikatsyarikat perkhidmatan swasta.

Acara diikuti dengan Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan merasmikan jerayawara ‘Ozone for All’ dan melancarkan Buku Panduan untuk ‘Safe Handling of Low-GWP (Flammable) Refrigerants’. Acara seterusnya diikuti dengan penyampaian hadiah bagi pemenang – pemenang Pertandingan Seni ‘Asia-Pacific Regional Ozone2Climate’ oleh Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan.

WOD2022-02.JPG



Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Belia (bagi 15 tahun kebawah) dan Kategori Umum (bagi 15 tahun keatas). Terdapat dua kategori di bawah kategori Belia iaitu kategori Melukis dan Rekabentuk Grafik. Tiada pemenang pertama bagi kedua kategori di bawah 15 tahun. Bagi Kategori Umum pula, terdapat tiga kategori iaitu Melukis, Rekabentuk Grafik dan Fotografi. Kategori Melukis telah dimenangi oleh Awang Muhammad Hanis bin Zaini manakala bagi kategori Rekabentuk Grafik disandang oleh Dayang Nurulain binti Rosli. Tiada pemenang pertama bagi kategori Fotografi di atas 15 tahun keatas.

Acara kemudian diakhiri dengan Yang Mulia Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) meninjau ke pameran jerayawara termasuk galeri karya seni daripada pemenang-pemenang pertandingan dan pameran dari agensi-agensi kerajaan serta syarikatsyarikat ‘Refrigerants Air-Conditioning (RAC)’ yang ikut serta. Turut hadir semasa acara tersebut ialah Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Tenaga di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pembangunan.

photo_2022-11-24_16-07-38 (3).jpg



Jerayawara yang bertemakan ‘Ozone for All’ dibukakan kepada orang ramai pada 19 dan 20 November 2022 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di aras bawah, kawasan atrium, Pusat Membeli-Belah Times Square.




_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________






WORLD OZONE DAY 2022 CELEBRATION AT TIMES SQUARE SHOPPING CENTRE
THEME: MONTREAL PROTOCOL@35: GLOBAL COOPERATION PROTECTING
LIFE ON EARTH

19th November 2022, Bandar Seri Begawan








Atrium area, Times Square Shopping Centre, June 05 – The Ministry of Development through Department of Environment, Parks & Recreation joined the global community to commemorate World Ozone Day 2022 which is celebrated globally since it was first proclaimed by the United Nations General Assembly as the International day for the Preservation of the Ozone Layer and in commemorating the date of signing of the Montreal Protocol on 16 September 1987. It has become a platform which highlights the need to act in collaboration, forge partnerships and develop global cooperation in ozone protection while simultaneously addressing climate challenges to protect life on earth for future generations.



Present during the event as the Guest of Honour was Yang Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti
Haji Abdul Razak, Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment), Ministry of Development. The event began with welcoming remarks by Yang Mulia Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit, Director of Department of Environment, Parks and Recreation followed by speech and official launching of World Ozone Day 2022 by Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment).

In her speech, Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment)
touched on this year’s theme: ‘Montreal Protocol@35: Global Cooperation Protecting Life on Earth’ with the slogan ‘Ozone for All’, reflecting the collective obligation of all Member States party to the Vienna Convention and the Montreal Protocol to ensure that the ozone layer is restored and protected from the threat of gases that deplete the ozone layer (Ozone Depleting Substances (ODS)). The negative effects of ozone layer depletion will increase the amount of UV radiation that reaches the earth’s surface, thus can have a negative impact on health such as cataracts and skin cancer.



Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment) also highlighted that
the Montreal Protocol has found that the alternative gas used to replace the ODS is a gas that has high ‘Global Warming Potential (GWP)’ value dan can cause negative impacts on the climate. Through the Kigali Amendment that was introduced and enforced since 2019, transitioning to a new alternative Low GWP gas has been introduced. Therefore, the Department of Environment, Parks and Recreation has published a guideline handbook to take into account the safety measures to all users as the gas is flammable. The guideline contains Best Practices procedures for handling and management of flammable gases and Brunei Darussalam is the first country in Southeast Asia to produce the guideline handbook. Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment) further shared that a number of activities are lined up by the Department of Environment, Parks and Recreation to celebrate this year’s World Ozone Day. One of them is a roadshow with the concept of promoting awareness on the ozone layer protection, where various efforts, programs and services related to the protection on the ozone layer can be seen through initiatives from Government agencies and private companies.



The event proceeded by Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use and
Environment) officiated the roadshow with the slogan ‘Ozone for All’ and launched a Guideline for Safe Handling of Low-GWP (Flammable) Refrigerants. The event then continued with prize presentation to the winners of ‘Asia-Pacific Regional Ozone2Climate’ art contest.

The competition was divided into 2 main categories that are Youth Category (15 years old
below) and General Category (15 years old above). There are two categories under Youth Category namely Drawing dan Graphic Design. There are no first place winners for both categories under Youth. For General Category, there are three categories which are the Drawing, Graphic Design dan Photography. The Drawing category was awarded to Awang Muhammad Hanis bin Zaini where for Graphic Design category was awarded to Dayang Nurulain binti Rosli. However, there is no first place winner for Photography category under General category.



The event ended with Yang Mulia Permanent Secretary (Planning, Land Use dan Environment)
touring the roadshow including art gallery of artworks by the participants and exhibition by participating government agencies and the Refrigerants Air Conditioning companies.

Also present during the event was Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh
Deputy Permanent Secretary (Corporate and Legal), Heads of Departments, Seniors Officers of Royal Customs and Excise Department, Fire and Rescue Department, Energy Department under Prime Minister’s Office and Ministry of Development.



The roadshow themed ‘Ozone for All’ is open to public on the 19th and 20th November 2022
starting from 10.00 am until 10.00 pm at Ground floor, Atrium Area, Times Square Shopping Centre.