Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMESYUARAT KEDUA PULUH DUA JAWATANKUASA PANDU MENTERI-MENTERI RANTAU ASEAN SELATAN




MEDIA RELEASE


TWENTY-SECOND MEETING OF THE SUB-REGIONAL MINISTERIAL STEERING COMMITTEE ON TRANSBOUNDARY HAZE POLLUTION (22ND MSC) 30 November 2021


22nd MSC meeting Screenshot 2021.png


 

1.         The 22nd Meeting of The Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) was held on 30th November 2021 through video conference hosted by Indonesia. The Meeting was attended by Ministers/representatives responsible for the environment, for land, forest fires and haze, from Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapore, and Thailand, and the Secretary-General of ASEAN, under the Chairpersonship of H.E. Dr. Alue Dohong, Vice Minister of Environment and Forestry of Indonesia. Brunei Darussalam's delegation was led by Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Minister of Development. The meeting was also attended by Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Hj Marzuke bin Haji Mohsin, Deputy Minister of Development; Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, Permanent Secretary (Planning, Land Use and Environment), Ministry of Development and Senior Officials from Department of Environment, Parks and Recreation; National Disaster Management Centre; Fire and Rescue Department and Meteorological Department. The Twenty-second Meeting of the Technical Working Group on Transboundary Haze Pollution (22nd TWG) preceded the Meeting.

2.         The Meeting noted information on the review and outlook of weather and smoke Haze situation presented by the ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC).  The dry season for the southern ASEAN region in 2021 stretched from mid-July to mid-October, during which there were some days of elevated hotspot activity and localised smoke haze in some parts of Borneo. However, there was no significant transboundary haze observed in the southern ASEAN region during this period. La Niña conditions were present in November 2021 and are forecast to persist till early 2022.  The Meeting noted ASMC's continual efforts in enhancing its technical capabilities in monitoring, assessment and early warning of weather and haze conditions in the region, and weather and climate prediction modelling. The Meeting updated on ASMC's enhancements in service delivery and outreach. ASMC informed the meeting of its training courses and technical fora conducted regularly by the ASMC as part of its five-year Regional Capability Building Programme, which has been well attended by 614 ASEAN colleagues.

3.         Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Minister of Development has stated that in line with the vision of haze free ASEAN 2020, Brunei Darussalam is fortunately blessed with good air quality where no transboundary smoke haze pollution had occurred in the country. Brunei Darussalam updated the meeting that it has recorded 341 good days (94%) and 23 moderate days between August 2019-July 2020 and 456 good days (100%) between August 2020-October 2021.

4.         The Meeting congratulated Indonesia in convening the 16th Meeting of the Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (COP-16) on 22 October 2021. The MSC countries reaffirmed their readiness to provide assistance such as deployment of the technical resources for firefighting assistance on emergency response situation, if requested, and to collaborate among MSC countries with enhanced cooperation and coordination to mitigate land and forest fires, when necessary. The Meeting also agreed to improve and strengthen vigilance and take preventive measures and immediate fire suppression procedures to mitigate land and forest fires and to minimise the occurrence of transboundary haze during periods of drier weather, while combating the pandemic.

5.         The Meeting noted with appreciation various initiatives and actions by MSC countries and substantial progress on the implementation of the Strategic Review of the Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) Programmes and Activities which includes, among others: (i) enhancing haze control management through early warning/monitoring and fire prevention; (ii)  building capabilities for fire suppression at the local, national and regional levels; (iv) bilateral collaboration in line with AATHP; and (v) capacity building of ASEAN Member States under the Regional Haze Training Network.

6.         The Meeting is pleased to note the finalisation of the Final Review of the Roadmap on ASEAN Cooperation towards Transboundary Haze Pollution Control with Means of Implementation that has allowed AMS to take stock of the progress and sustain the momentum in ensuring demonstrable improvements to achieve the vision of a haze-free ASEAN through the recommendations of a renewed Roadmap for ASEAN. The Meeting welcomed the completion of the final review of the ASEAN Peatland Management Strategy (APMS 2006-2020) by the ASEAN Task Force on Peatlands (ATFP). The Meeting looked forward to the development of the next roadmap and APMS, respectively, that addresses the root causes and the implications of the transboundary haze pollution through concerted national efforts and intensified regional and international cooperation.

7.         The Meeting noted the urgency to further intensify efforts towards the finalisation of the Establishment Agreement and Host Country Agreement of the ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC) in Indonesia. The Meeting reiterated commitment to the full and effective implementation of the AATHP, and looked forward to the expeditious establishment and operationalisation of ACC THPC to facilitate for faster and effective implementation of all aspects of the Haze Agreement.

8.         The Meeting were encouraged by the progress despite significant challenges brought about by COVID-19 to the implementations of haze and peatland programmes/projects, namely:  Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA) and Measurable Action for Haze-Free Sustainable Land Management in Southeast Asia (MAHFSA). The Meeting further called upon the strong support from the MSC countries and its relevant agencies to the successful implementation of the activities of above said programmes.

9.         The Meeting expressed their appreciation to the Government of Indonesia for hosting the 22nd MSC Meeting and the excellent arrangements made. The 23rd MSC Meeting will be held in Malaysia in 2022.

 


====================================================================





SIARAN MEDIA


MESYUARAT KEDUA PULUH DUA JAWATANKUASA PANDU MENTERI-MENTERI RANTAU ASEAN SELATAN  MENGENAI PENCEMARAN JEREBU RENTAS SEMPADAN (MSC ke-22) 30 November 2021


22nd MSC meeting Screenshot 2021.png



1.         Mesyuarat ke-22 Jawatankuasa Pandu Menteri-Menteri Rantau ASEAN Selatan Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC) telah diadakan pada 30 November 2021 melalui persidangan video yang mana Indonesia menjadi Tuan Rumah kepada mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Menteri/Wakil yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu, dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand, dan Setiausaha Agung ASEAN, dimana mesyuarat telah di pengerusikan oleh Doktor Alue Dohong, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Indonesia. Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Hj Marzuke bin Hj Mohsin, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dayang Dr Nor Imtihan binti Haji Abd Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan serta Jabatan Meteorologi. Mesyuarat Kedua Puluh Dua Kumpulan Kerja Teknikal Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (TWG) telah bersidang sebelum mesyuarat MSC ini.

2.         Mesyuarat mengambil maklum mengenai maklumat keadaan cuaca dan asap jerebu yang disampaikan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC). Musim kemarau bagi rantau ASEAN Selatan bagi tahun 2021 bermula dari pertengahan bulan Julai hingga pertengahan Oktober, di mana terdapat peningkatan aktiviti titik panas dan asap jerebu setempat selama beberapa hari di beberapa kawasan Borneo. Walau bagaimanapun, tiada jerebu rentas sempadan yang ketara diperhatikan di rantau ASEAN Selatan dalam tempoh ini. Keadaan La Niña yang bermula pada November 2021 dijangka berterusan sehingga awal tahun 2022. Mesyuarat juga mengambil maklum usaha berterusan ASMC dalam meningkatkan keupayaan teknikalnya dalam pemantauan, penilaian dan amaran awal keadaan cuaca dan jerebu di rantau ini, serta model ramalan cuaca dan iklim dan peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan dan jangkauan. ASMC juga telah memaklumkan mesyuarat mengenai perlaksanakan kursus latihan dan forum teknikal yang dijalankan secara berkala sebagai sebahagian daripada Program Pembinaan Keupayaan Serantau lima tahunnya, yang juga telah dihadiri oleh 614 Rakan ASEAN.

3.         Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi Bin Haji Gafar, Menteri Pembangunan telah menyatakan bahawa selaras dengan wawasan ASEAN bebas jerebu 2020, Negara Brunei Darussalam telah menikmati kualiti udara yang baik di mana tiada kejadian jerebu asap rentas sempadan telah berlaku, dimana kualiti udara di negara ini mencatatkan 341 hari baik (94%) dan 23 hari sederhana di antara bulan Ogos 2019 hingga Julai 2020 dan 456 hari baik (100%) antara bulan Ogos 2020 hingga Oktober 2021.

4.         Mesyuarat juga telah merakamkan ucapan tahniah kepada Indonesia yang telah mengadakan Persidangan ke-16 Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-16) pada 22 Oktober 2021 yang lalu. Negara-negara MSC mengesahkan kesediaan mereka untuk memberikan bantuan seperti penempatan sumber teknikal untuk bantuan memadam kebakaran dalam situasi tindak balas kecemasan dan untuk mempertingkatkan kerjasama antara negara MSC untuk mengurangkan kebakaran tanah dan hutan, jika diperlukan. Mesyuarat juga bersetuju untuk menambah baik dan mengukuhkan kewaspadaan dan mengambil langkah pencegahan dan prosedur pemadaman kebakaran serta-merta untuk mengurangkan kebakaran tanah dan hutan serta kejadian jerebu rentas sempadan semasa tempoh cuaca kering, sambil memerangi wabak COVID-19.

5.         Mesyuarat mengambil maklum dan menghargai pelbagai inisiatif dan tindakan oleh negara MSC dan kemajuan dalam pelaksanaan Kajian Strategik Program dan Aktiviti Jawatankuasa Pandu Menteri (MSC) yang merangkumi, antara lain: (i) meningkatkan pengurusan kawalan jerebu  melalui amaran/pemantauan awal dan pencegahan kebakaran; (ii) membina keupayaan untuk memadam kebakaran di peringkat tempatan, kebangsaan dan serantau; (iv) kerjasama dua hala selaras dengan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP); dan (v) meningkatkan keupayaan negara-negara ASEAN di bawah Rangkaian Latihan Jerebu Serantau.

6.         Mesyuarat mengambil maklum bahawa Kajian Akhir Pelan Hala Tuju Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dengan Cara Pelaksanaan yang telah membolehkan negara-negara ASEAN melihat kemajuan dan mengekalkan momentum dalam memastikan penambahbaikan yang dapat dibuktikan untuk mencapai wawasan ASEAN Bebas Jerebu melalui cadangan Pelan Hala Tuju yang diperbaharui untuk ASEAN. Mesyuarat juga mengalu-alukan pelaksanaan rebiu akhir Strategi Pengurusan Tanah Gambut ASEAN (APMS 2006-2020) oleh Pasukan Petugas ASEAN mengenai Tanah Gambut (ATFP). Mesyuarat mengharapkan penyediaan Pelan Hala Tuju yang seterusnya dan APMS yang baru untuk menangani punca dan implikasi pencemaran jerebu rentas sempadan melalui usaha bersepadu negara dan kerjasama serantau dan antarabangsa.

7.         Mesyuarat mengambil maklum kepentingan dalam mempergiatkan lagi usaha untuk memuktamadkan dokumen Perjanjian Penubuhan dan Perjanjian Negara Tuan Rumah Pusat Penyelaras ASEAN bagi Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ACC THPC) di Indonesia. Mesyuarat juga mengulangi semula komitmen terhadap pelaksanaan penuh dan berkesan atas perjanjian AATHP, dan mengharapkan perlaksanaan penubuhan ACC THPC dilaksanakan dengan segera.

8.         Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pencapaian dan kemajuan ketara dalam pelaksanaan program dan projek mengenai jerebu dan tanah gambut iaitu program Penggunaan Mampan Tanah Gambut dan Mitigasi Jerebu di ASEAN (SUPA) dan Tindakan Terukur kearah Bebas Jerebu bagi Pengurusan Tanah Mampan di Asia Tenggara (MAHFSA), walaupun terdapat cabaran besar yang dihadapi semasa pandemiik COVID-19. Mesyuarat menyeru sokongan padu daripada negara-negara MSC dan agensi-agensi berkaitannya untuk menjayakan pelaksanaan aktiviti-aktiviti program tersebut di atas.

9.         Mesyuarat merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Indonesia selaku tuan rumah Mesyuarat MSC ke-22 dan mengambil maklum mengenai Mesyuarat MSC ke-23 yang akan diadakan di Malaysia pada tahun 2022 nanti.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------