Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAkta dan Garispanduan Alam Sekitar

AKTA-AKTA ALAM SEKITAR:

1) Perintah Perlindungan Alam Sekitar dan Pengurusan 2016 (dalam proses perbaikan sebelum ia diwartakan)
2) Perintah Sisa Berbahaya (Kawalan Ekspot, Impot dan Transit) 2013 (dalam proses untuk diwartakan)

AKTA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH JABATAN-JABATAN KERAJAAN YANG LAIN DAN YANG DIGUNAPAKAI OLEH JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI.

1) Kanun Keseksaan (Penal Code) c.22 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Minor Offences Act) c.30, Pasukan Polis Diraja Brunei
2) Akta Lembaga Bandaran (Municipal Board Act) c.57, Lembaga Bandaran
3) Akta Bekalan Air (Water Supply Act) c.121, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

GARISPANDUAN ALAM SEKITAR
Pada tahun 2002, Garispanduan Kawalan Pencemaran bagi Pembangunan Perindustrian di Brunei Darussalam telah digunapakai bagi mengawal pelepasan udara, efluen dan sisa aliran daripada pelbagai aktiviti pembangunan dan pembinaan.

Garispanduan Penilaian Kesan Alam Sekitar bagi Negara Brunei Darussalam bertindak sebagai garispanduan bagi pemaju-pemaju projek untuk meninjau, meramalkan, menilai kesan dan mengkaji langkah-langkah perlindungan alam sekitar yang berkemungkinan berkaitan dengan kegiatan yang ditetapkan dalam "Presribed Activities" seperti berikut:

 1) Pertanian
 2) Lapangan Terbang
 3) Saliran dan Pembinaan
 4) Penambakan Tanah
 5) Perikanan
 6) Perhutanan
 7) Perumahan
 8) Industrial
 9) Infrastruktur
10) Pelabuhan
11) Perlombongan
12) Petroleum
13) Penjanaan Kuasa dan Penghantaran
14) Kuari
15) Landasan Kereta api
16) Pengangkutan
17) Resort dan Pembangunan Rekreasi
18) Rawatan dan Pelupusan Sisa
19) Bekalan Air

Garispanduan Penilaian Kesan Alam Sekitar bagi Negara Brunei Darussalam juga disediakan sebagai pelengkap kepada Garispanduan Kawalan Pencemaran bagi Pembangunan Perindustrian di Negara Brunei Darussalam.​