Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksGambaran Keseluruhan

 

Click to view full size


LATARBELAKANG

Ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai Unit Alam Sekitar di bawah Kementerian Pembangunan untuk berkhidmat sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Kebangsaan mengenai Alam Sekitar dan menyelaras hal-hal berkaitan alam sekitar.

Dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan telah memperkenankan penubuhan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di bawah Kementerian Pembangunan di mana jabatan ini juga akan bertanggungjawab terhadap isu-isu landskap dan penyelenggaraan kawasan-kawasan taman dan rekreasi di negara ini.

Penubuhan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi berkuatkuasa pada 1 Mei 2002. Pada masa ini, Jabatan ini mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Sisa Buangan, Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar, Pengurusan Landskap dan Kawasan-kawasan Rekreasi dan juga Kerjasama Alam Sekitar di peringkat negara, dua hala, serantau dan antarabangsa.