Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKerjasama Dua Hala

Brunei Darussalam mempunyai kerjasama dua hala bersama Singapura dalam hal ehwal alam sekitar di mana Memorandum Persefahaman telah ditandatangani pada 27 Ogos 2005 di antara Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam bagi pihak Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Singapura bagi pihak Kerajaan Singapura.

Untuk mengukuhkan kerjasama dan memupuk kemajuan yang berterusan dalam hubungan kukuh antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura dalam arena alam sekitar dan air, Menteri daripada kedua-dua negara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar telah memperbaharui Memorandum Persefahaman Kerjasama Dua Hala dalam hal ehwal alam sekitar pada 26 Februari 2015.

Memorandum Persefahaman yang ditandatangani adalah bagi melanjutkan kerjasama di antara pihak-pihak dalam bidang perlindungan alam sekitar dan pembangunan yang berdaya tahan berdasarkan kesaksamaan dan faedah bersama termasuk:

  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Sisa Berbahaya
  • Jerebu Rentas Sempadan
  • Akta dan Peraturan Alam Sekitar
  • Pencemaran daripada kenderaan
  • Pengurusan Sumber Air
  • Pengurusan Kimia
  • Analisis makmal
  • Program Kitar semula dan Pendidikan Alam Sekitar
  • Lawatan Teknikal bagi Isu-isu yang berkaitan dengan Pengurusan Alam Sekitar di bandar-bandar terutamanya pencemaran udara dan air
  • Isu-isu lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak​​