Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSerantau

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Kementerian Pembangunan, Brunei Darussalam amat aktif dalam forum rantau ASEAN dari segi kerjasama alam sekitar di mana negara-negara ASEAN telah memberi tumpuan penting kepada bidang keutamaan serantau sepertimana yang ditunjukkan dalam pelan pembangunan bagi Sosio Budaya Masyarakat ASEAN (Pelan Tindakan ASCC) 2025. Pelan tindakan ini adalah berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti dan sumber asli yang berdaya tahan, Persekitaran Bandar yang berdaya tahan, Kelestarian iklim serta Penggunaan dan Penghasilan yang berdaya tahan.

Terdapat juga penubuhan beberapa kumpulan kerja yang menjadi bidang keutamaan bagi rantau ASEAN di mana Brunei Darussalam adalah negara yang mengetuai Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar (ASEAN Working Group in Environmental Education).

BIMP-EAGA

Kerjasama Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) telah ditubuhkan sebagai satu strategi penting bagi negara-negara yang mengambil bahagian iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam menangani pembangunan sosial dan ekonomi, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kemajuan yang kurang.

Untuk menyelaraskan fokus strategik BIMP-EAGA, empat (4) teras telah diluluskan oleh para pemimpin BIMP-EAGA untuk memberi tumpuan kepada pelbagai aktiviti untuk mengukuhkan inisiatif pelbagai sektor yang termasuk memastikan pengurusan alam sekitar yang berdaya tahan.

Di bawah Kumpulan Kerja BIMP-EAGA Alam Sekitar, terdapat beberapa komponen yang dikaji seperti pengurusan berdaya tahan sub-wilayah ekosistem yang kritikal, perubahan adaptasi dan mitigasi iklim, promosi kebersihan dan teknologi hijau, menangani isu keutamaan rentas sempadan dan persekitaran dan mengarusperdanakan alam sekitar dalam tonggak strategik yang lain dengan kerjasama BIMP-EAGA.

LAIN-LAIN 

Dibawah wilayah kerjasama alam sekitar yang lain, Brunei Darussalam juga telah mengambil bahagian secara aktifnya dalam pertimbangan alam sekitar daripada sebarang komitmen, kenyataan, keputusan dasar seperti APEC, Commonwealth, ASEM, EAS, CSD, TPP dan lain-lain​