Search this site

 

 

 
 
 

Pembiakan Dengan Biji Benih

back

 

 
  • Sebelum disemai biji benih perlu dipilih untuk menentukan kadar percambahan yang tinggi.
  • Pemilihan biji benih hendaklah dibuat berasaskan:
    • Biji benih hendaklah yang telah benar-benar matang;
    • Biji benih tulen;
    • Biji benih hendaklah bebas dari serangan penyakit atau serangga perosak;
    • Biji benih hendaklah tidak mempunyai sebarang kecederaan;
    • Biji dari buah yang cukup masak dan dari buah pertengahan bukan dari buah permulaan atau buah penghujung.
PEMBIAKAN DARI BIJI BENIH TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU: 
  • PENYEMAIAN BIJI BENIH HALUS Contoh Tanaman: Bunga Bayam)
    • Isikan kotak tanaman dengan medium percambahan;
    • Buat alur-alur kecil di atas medium;
    • Semai biji benih ke dalam kotak tanaman dengan cara menabur biji benih sepanjang alur-alur yang di sediakan dan timbus semula;
    • Catit jenis dan jumlah yang disemai jika perlu;
    • Catit tarikh bila ia disemai ke dalam lebal yang diletakan ditepi kotak tanaman;
    • Letakan biji benih yang telah disemai di tempat yang terlindung;
    • Siram biji benih yang telah disemai sekali sehari.
       
  • PENYEMAIAN BIJI BENIH BESAR (Contoh Tanaman: Pokok Palma)
    • Kutip biji benih yang sudah matang;
    • Tanam biji benih sedalam lebih kurang 2-3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih;
    • Jarak biji-biji benih yang di tanam ialah sekurang-kurangnya 3cm;
    • Siram medium percambahan sehingga menjadi lembap;
    • Tutup kotak tanaman dengan plastik lutsinar atau mengunakan kaca;
    • Letakkan kotak tanaman di tempat yang terlindung;
    • Catit dan rekod jenis dan jumlah biji yang disemai serta menulis tarikh penyemaian dalam lebal yang dilletakkan di tepi kotak tanaman.
 

back  to top