Search this site

 
 

 
 
 

News & Press Release

back

 

Helikopter bantu padamkan kebakaran

Courtesy of  Media Permata
August 12, 2009

 


Helikopter ABDB menumpahkan air ke atas kawasan hutan yang terbakar berdekatan
simpang masuk ke UBD hari ini.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Walaupun kualiti udara di negara ini bertambah baik, kebakaran hutan dan belukar terus berlaku terutama di kawasan Jalan Tungku Link, berhampiran jalan masuk ke dan keluar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Kebakaran yang meluas itu menyebabkan Pasukan Bomba dan Penyelamat mendapatkan bantuan daripada helikopter Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bagi mengawal kebakaran.

Kebakaran itu memusnahkan banyak pokok di bawah Projek Penanaman Semula Jabatan Perhutanan dan UBD yang bermula sekitar tahun 2000 setelah hutan di kawasan juga musnah akibat dijilat api ketika jerebu dan cuaca kering melanda negara pada waktu itu.

Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRE) dalam kenyataannya hari ini pula berkata Brunei terus mengalami jerebu dengan bacaan PSI yang dicatatkan dari stesen kualiti udara (PM10) di seluruh negara masih tinggi berbanding dengan hari-hari biasa walaupun di tahap baik.

JASTRE mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dan aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti udara dan pada masa yang sama ia akan berterusan memantau kualiti udara dan aktiviti pembakaran terbuka di Negara ini.

Orang ramai bolehlah menghubungi JASTRE untuk aduan pembakaran terbuka melalui talian 8999900/8837751/8837741 dan pertanyaan mengenai dengan kualiti udara di talian 2383222 sambungan 514 pada waktu bekerja. Maklumat mengenai dengan bacaan PSI juga boleh diperoleh dari laman web www.env.gov.bn.

Oleh Hasrulraizan


 

 

back  to top