Search this site

 
 

 
 
 

News & Press Release

back

 

Keadaan jerebu beransur reda

Courtesy of  Media Permata
August 13, 2009

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Keadaan jerebu di negara ini beransur reda dengan bacaan indeks pencemaran udara (PSI) yang dicatatkan dari semua stesen pemantauan kualiti udara (PM10) di keempatempat daerah adalah rendah berbanding dengan hari sebelum ini.

Pada pukul 6 petang tadi, kualiti udara bagi daerah Brunei Muara, Belait, Tutong dan Temburong adalah ditahap baik dengan catatan PSI, masing-masing 23, 38, 23 dan 26, menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Bacaan PSI kurang dari 50 adalah bagi keadaan kualiti udara yang baik manakala bacaan PSI di antara 50 dan PSI 100 adalah sederhana.

Jabatan dalam kenyataannya sentiasa memantau keadaan kualiti udara dan akan memberikan maklumat serta nasihat mengenai dengan kualiti udara dari masa ke semasa melalui rangkaian udara dan televisyen.

Orang ramai diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka atau apa jua aktiviti yang boleh menjejaskan kualiti udara dan pada masa yang sama, jabatan akan menjalankan pemantauan ke atas aktiviti pembakaran terbuka.

Sebarang aduan mengenai pembakaran terbuka, boleh menghubungi hotline 8999900/8837751/8837741 atau pertanyaan mengenai kualiti udara ke talian 2383222 sambungan 514 pada waktu pejabat.

Maklumat bacaan PSI juga boleh didapati dengan melayari www.env.gov.bn dan garis panduan kesihatan di www.moh.gov.bn.

By Rafidah Jumat


 

 

back  to top