Search this site

 
 

 
 
 

News & Press Release

back

 

Kempen kebersihan bagi menceriakan Kampung Sg Kebun

Courtesy of  Media Permata
August 17, 2009

 

 

 

 


Orang ramai yang bergotong royong membersihkan kawasan Kampung Sungai Kebun

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Majlis Perundingan Kampung Sungai Kebun hari ini mengadakan kempen bergotong royong membersihkan kawasan letak kereta Sungai Kebun dan persekitarannya bagi menceriakan lagi suasana kampung di samping sebagai aktiviti riadah dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Kempen bergotong royong membersihkan kawasan letak kereta Sungai Kebun dan persekitarannya bagi menceriakan lagi suasana kampung di samping sebagai aktiviti riadah dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Kempen kebersihan yang bertemakan "menceriakan kampung sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah" itu disertai penduduk kampung, Masjid Al-Muhtadee Billah Sungai Kebun, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Kebun dan Unit Hikmat dan Pemeliharaan Kenderaan Jabatan Bandaran.

Ketua Kampung Sungai Kebun, Awang Haji Marali Haji Mat Zin berkata tujuan kempen ini adalah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan ahli jawatankuasa kerja kempen, belia dan penduduk kampung.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai supaya membuang sampah ke tempat pembuangan sampah yang betul dan bukan sewenang-wenangnya membuang sampah di merata-rata tempat.

Kesedaran orang ramai untuk menghargai dan memelihara kebersihan sekitar, katanya adalah penting untuk sama-sama mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dalam memastikan keadaan sekeliling bersih dari sisa sampah.

Kempen ini turut diselajurkan dengan membersihkan tanah perkuburan Sungai Panga Sungai Kebun diikuti dengan bacaan tahlil di kubur berkenaan

Oleh Rafidah Jumat

 

 

back  to top