Search this site

 
 

 
 
 

News & Press Release

back

 

Kempen kebersihan persekitaran Kiulap

Courtesy of  Media Permata
August 17, 2009

 

 

 

 

 

 

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Dalam usaha berterusan untuk memastikan kebersihan kawasan dan premis perniagaan di kawasan Bandar Seri Begawan adalah sentiasa bersih, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bersama dengan beberapa agensi kerajaan mengadakan kempen kebersihan di persekitaran pusat komersial Kiulap, hari ini.

Hadir untuk mengetuai kempen kebersihan berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Pengiran Haji Mohammad Ali Pengiran Haji Othman. Kempen itu disertai oleh bukan saja Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan tetapi juga Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi serta pemilik, pekerja dan penyewa bangunan di sekitar kawasan komersial berkenaan.

Kempen membersihkan kawasan itu bermula hari ini dan akan terus dibersihkan secara berperingkat hingga kawasan menjadi bersih dengan projek dilaksanakan secara berperingkat mengikut zon kawasan.

Kempen berkenaan diadakan atas aduan yang diterima mengenai kekotoran sampah di beberapa kawasan di Kiulap dan sebagai kesinambungan kepada kempen kebersihan yang pernah dijalankan di pusat bandar.

Diharapkan kempen itu akan membantu untuk membuka minda orang ramai khususnya pemilik dan penyewa bangunan di kawasan berkenaan mengenai tanggungjawab mereka dalam sama-sama menjaga kebersihan persekitaran.

Setelah kempen itu diadakan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan berharap pemilik bangunan sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil perhatian mengenai penjagaan kebersihan kawasan yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta.

Oleh Sim Y. H.

 

 

back  to top