|
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kualiti Udara (PSI) yang dicatatkan dari semua stesen pemantauan kualiti udara (PM10) di seluruh adalah di bawah 50.
Sehingga 4 petang hari ini, kualiti udara bagi Brunei-Muara, Kuala belait, Temburong dan Tutong adalah di tahap baik dengan catatan PSI bagi Brunei-Muara adalah 12, Kuala Belait (10), Temburong (14) dan Tutong (10). Bacaan PSI kurang daripada 50 adalah bagi keadaan kualiti udara yang baik.
Jabatan Alam Sekitar, Taman, Rekreasi (JASTRE) akan sentiasa memantau keadaan kualiti udara dan memebrikan maklumat dan nasihat yang bersesuaian mengenai dengan kualiti udara masa ke semasa.
Orang ramai terus diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan aktiviti yang menjejaskan kualiti udara.Oleh Ak Fairol RMF
|