Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksACARA WALKATON DAN PENANAMAN POKOK BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025

 



ACARA WALKATON DAN PENANAMAN POKOK
BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025




​​IMG_6380.JPG


Bandar Seri Begawan, Hari Sabtu, 14 Jun 2025 – Bagi meneruskan lagi Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Acara Walkaton dan Penanaman Pokok di Riverfront Promenade, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan pagi tadi. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

IMG_6361.JPG

Acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam, dan diikuti dengan taklimat keselamatan. Acara diteruskan dengan penanaman sebanyak dua puluh enam (26) 26 pokok Ashoka (nama saintifik: Polyalthia Longifolia) bagi mengindahkan lagi landskap sepanjang Jalan Residency. Acara berakhir dengan aktiviti walkaton sejauh 1.5 km di sepanjang promenade riverfront Sungai Brunei.

​​YB Menteri Pembangunan.JPGYB Menteri Pembangunan 2.jpeg

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. (Surveyor) Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, TimbalanTimbalan dan Penolong-Penolong Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
​​IMG_6420.JPGIMG_6470.JPGIMG_6440.JPG
IMG_6444.JPGIMG_6444.JPG

Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun ini, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi juga menyusun beberapa program lain termasuk Hari Kitar Semula Senegara (Edisi Upcycling) yang akan diadakan pada 22 Jun 2025. Maklumat lanjut mengenai kempen dan acara ini boleh didapati di laman Instagram rasmi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi: @jastre.bn