6 Ogos 2026 – Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri telah menjemput Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi (JASTRe) untuk menyampaikan taklimat mengenai “Environmental Impact Assessment in Brunei Darussalam“ pada hari Khamis, 6 Ogos 2026 di Pusat Latihan dan Perkhidmatan Lepas Tuai, Tungku.

Seramai 23 orang peserta di bawah Program Pendedahan Belia-Belia yang Berpotensi untuk Menceburi Bidang Pertanian Berteknologi Tinggi Kali ke-12 telah menghadiri taklimat berkenaan. Sesi dimulakan dengan pengenalan mengenai “Environmental Impact Assessment (EIA)”, dan seterusnya diikuti dengan keperluan Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar, Penggal 240.

Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan teknikal serta pendedahan awal mengenai keperluan EIA dalam projek-projek pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Pegawai JASTRe menyampaikan taklimat mengenai Environmental Impact Assessment (EIA) in Brunei Darussalam
Pegawai JASTRe menyampaikan taklimat mengenai Environmental Impact Assessment (EIA) in Brunei Darussalam
Peserta program belia pertanian berteknologi tinggi semasa sesi taklimat EIA di Tungku
Peserta program belia pertanian berteknologi tinggi semasa sesi taklimat EIA di Tungku