19 Ogos 2026 – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah ikut serta dalam Hari Terbuka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2026 yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu, Kampong Parit, Berakas pada 19 hingga 20 Ogos 2026.

Pihak JASTRe berpeluang untuk mengongsikan peranan Jabatan dalam pengurusan alam sekitar, terutamanya keperluan Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar, Penggal 240, amalan pengurusan sisa yang mampan, serta komitmen negara dalam Pindaan Kigali.

Hari Terbuka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2026 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri dan bertujuan untuk memudahkan pengusaha-pengusaha pertanian serta orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan produk-produk berkaitan bidang pertanian.

Pegawai JASTRe memberi penerangan kepada pengunjung semasa Hari Terbuka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2026
Pegawai JASTRe memberi penerangan kepada pengunjung semasa Hari Terbuka Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 2026
Pengunjung melihat bahan pameran JASTRe di Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu, Berakas
Pengunjung melihat bahan pameran JASTRe di Dewan Kemasyarakatan Mukim Pengkalan Batu, Berakas