2 September 2026 – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) dengan kerjasama pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri telah mengendalikan Taklimat Pemberigaan Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar, Penggal 240 (“APPAS”) bagi pengusaha-pengusaha khusus tanaman, ternakan dan agrimakanan di Daerah Brunei dan Muara pada hari Rabu, 2 September 2026 di Dewan Simpor, Unit Agribisnes Rimba.

Taklimat pemberigaan ini bertujuan untuk menyebar luaskan mengenai Akta Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar, Penggal 240 dan memberikan maklumat dan penerangan serta meningkatkan kefahaman mengenainya, khususnya keperluan-keperluan perundangan yang berkaitan dengan projek-projek kemajuan.

Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 30 pengusaha tanaman, ternakan dan agrimakanan, dan diungkayahkan di bawah Fasa 2 Taklimat Pemberigaan APPAS iaitu khusus untuk sektor swasta.

Pegawai JASTRe menyampaikan taklimat kepada peserta-peserta
Peserta-Peserta yang menghadiri Taklimat Pemberigaan APPAS, Penggal 240