26 September 2026 – Sekolah Rendah Katok ‘B’ telah menjemput Jabatan Alam Sekitar, Taman & Rekreasi (JASTRe) untuk menyampaikan taklimat kesedaran alam sekitar pada hari Sabtu, 26 September 2026.
Seramai lebih daripada 480 orang peserta yang terdiri daripada penuntut-penuntut tahun pra hingga tahun 6 telah menghadiri taklimat tersebut. Pihak JASTRe memulakan sesi dengan memberikan taklimat bertajuk “Managing Waste 1-on-1”. Sesi diteruskan dengan beberapa aktiviti interaktif kepada semua penuntut untuk menguji pengetahuan para penuntut mengenai tatacara pembuangan sampah yang betul termasuk amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengasingan sisa buangan yang betul terutama mengurangkan penjanaan sampah.
Pihak JASTRe ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekolah Rendah Katok ‘B’ atas peluang ini!


