 |
|
18TH BRUNEI DARUSSALAM-SINGAPORE ANNUAL EXCHANGE OF VISITS
11th February 2026, Bandar Seri Begawan

|
The Eighteenth Brunei Darussalam-Singapore Annual Exchange of Visits on the Environment (18th BSAEV), instituted under the 2022 Memorandum of Understanding on Bilateral Partnership in Environmental Affairs and Climate Change, was held in Brunei Darussalam on 11th February 2026.

|
The Brunei Darussalam delegation was led by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Minister of Development, and comprised Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Permanent Secretary, and senior officials from the Department of Environment, Parks and Recreation and the Public Works Department, Ministry of Development, the Brunei Darussalam Climate Change Office (BCCO), Prime Minister's Office, Ministry of Health, Brunei Darussalam and the Maritime and Port Authority of Brunei Darussalam.
Her Excellency Ms Grace Fu, Minister for Sustainability and the Environment, led the Singapore delegation comprising Mr Melvyn Ong, Permanent Secretary, and other senior officials from the Ministry of Sustainability and the Environment, the National Environment Agency and PUB (Singapore's National Water Agency).
|
During the meeting, the Ministers reaffirmed the strong bilateral relationship between Brunei Darussalam and Singapore and reiterated their commitment to foster continual progress and deepen cooperation on environmental protection and addressing climate change.
The Ministers acknowledged the steady progress of ongoing joint projects and programmes between the two countries in key areas such as solid waste management, air quality management, water resources management, environmental youth initiatives, and climate change. Brunei Darussalam highlighted its latest efforts in solid waste management, including the Eco-Food Waste Initiative, updates on Waste-to-Energy (WtE) developments, and enhanced enforcement under Operation Langis, while Singapore shared its approach to the import of recyclables as feedstock. The Ministers also took note of advancements in air quality management, including Brunei's updates on ambient air monitoring networks, the use of low-cost air sensors, and its participation in the CASA Project. Both countries discussed the importance of a circular economy and welcomed further opportunities to explore regional cooperation in this area.

|
The Ministers noted the progress in water resources management cooperation, including Brunei's ongoing collaboration with Singapore since 2024 and recent online discussions between the two countries. Singapore shared its latest efforts in water resources management, including the expansion of Changi Water Reclamation Plant (WRP) and ongoing works on the Deep Tunnel Sewerage System (DTSS Phase 2). The Ministers also acknowledged Brunei's efforts in youth environmental programmes and activities since 2024, including environmental health awareness initiatives led by the Ministry of Health and youth-focused environmental programmes under the Ministry of Education.
The Ministers noted the updates on climate change, including Brunei's climate change policies, progress on the establishment of the ASEAN Centre for Climate Change, ongoing discussions on its establishment agreement, and Brunei's adaptation initiatives such as vector control, addressing the urban heat island effect, and efforts in technology consideration and selection. Singapore highlighted its GreenGov.SG efforts, in which the public sector strives to attain ambitious sustainability targets in carbon abatement and resource efficiency, and be a positive influence and enabler of green efforts.

|
The Ministers reaffirmed their commitment to working with other ASEAN Member States to strengthen cooperation in environmental protection, including through initiatives such as Brunei Darussalam's hosting of the 26th Meetings of the Technical Working Group (TWG) on Transboundary Haze Pollution and Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution in July 2025. The Ministers also noted the continued collaboration on oil spill management.
The Ministers reaffirmed their commitment to enhance cooperation and foster an even closer friendship and partnership between Brunei Darussalam and Singapore.
Singapore will host the 19th BSAEV.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
PERTUKARAN LAWATAN TAHUNAN BRUNEI DARUSSALAM-SINGAPURA YANG KE-18
11 Februari 2026, Bandar Seri Begawan
Pertukaran Lawatan Tahunan Brunei Darussalam-Singapura ke-18 (BSAEV ke-18), di bawah rangka Memorandum Persefahaman (MoU) Dua Hala mengenai Hal Ehwal Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang diperbaharui pada tahun 2022, telah diadakan di Brunei Darussalam pada 11 Februari 2026.
Delegasi Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan, dan terdiri dari Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap, serta pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Pejabat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (BCCO), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (MPABD).
Puan Yang Terutama Grace Fu, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, telah mengetuai delegasi Singapura yang terdiri daripada Mr Melvyn Ong, Setiausaha Tetap, dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Kelestarian dan Alam Sekitar, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan dan PUB (Agensi Air Kebangsaan Singapura).
Semasa mesyuarat tersebut, Menteri-Menteri menegaskan semula hubungan dua hala yang kukuh di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura serta mengesahkan komitmen untuk memupuk perkembangan yang berterusan dan mengukuhkan kerjasama dalam perlindungan alam sekitar dan perubahan iklim.
Menteri-Menteri mengambil maklum mengenai perkembangan projek-projek dan program-program yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua buah negara dalam bidang pengurusan sisa pepejal, pengurusan kualiti udara, pengurusan sumber air, program belia alam sekitar, dan perubahan iklim. Negara Brunei Darussalam menekankan usaha-usaha terbarunya dalam pengurusan sisa pepejal, termasuk Inisiatif Eco-Food Waste, perkembangan terkini mengenai pembangunan Tenaga daripada Sisa (Waste-to-Energy, WtE), dan penguatkuasaan yang dipertingkatkan di bawah Operasi Langis, manakala Singapura berkongsi pendekatannya mengenai impot bahan kitar semula sebagai bahan mentah. Menteri-Menteri juga mengambil maklum mengenai kemajuan dalam pengurusan kualiti udara, termasuk maklumat dari Negara Brunei Darussalam mengenai rangkaian pemantauan udara ambien, penggunaan sensor kualiti udara kos rendah, dan penyertaan dalam Projek CASA. Kedua-dua buah negara membincangkan kepentingan ekonomi kitaran (circular economy) dan mengalu-alukan peluang lanjut untuk meneroka kerjasama serantau dalam bidang ini.
Menteri-Menteri mengambil maklum mengenai perkembangan kerjasama pengurusan sumber air, termasuk kolaborasi beterusan Negara Brunei Darussalam dan Singapura sejak tahun 2024 dan perbincangan dalam talian di antara kedua-dua buah negara baru-baru ini. Singapura mengongsikan usaha terkininya dalam pengurusan sumber air, termasuk pembesaran Loji Reklamasi Air Changi (Changi Water Reclamation Plant (WRP)) dan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan bagi Sistem Terowong Kumbahan Dalam Fasa 2 (Deep Tunnel Sewerage System (DTSS Phase 2)). Menteri-Menteri turut mengambil maklum usaha Negara Brunei Darussalam perihal program dan aktiviti belia alam sekitar sejak tahun 2024, termasuk inisiatif-inisiatif kesedaran alam sekitar yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan dan program-program alam sekitar berfokuskan belia di bawah Kementerian Pendidikan.
Menteri-Menteri mengambil maklum mengenai perkembangan terkini berkaitan perubahan iklim, termasuk dasar-dasar perubahan iklim Negara Brunei Darussalam, kemajuan dalam penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN, perbincangan berterusan mengenai perjanjian penubuhannya, serta inisiatif-inisiatif adaptasi Negara Brunei Darussalam seperti kawalan vektor, menangani kesan pulau haba bandar (urban heat island), serta usaha dalam pertimbangan dan pemilihan teknologi. Singapura turut mengongsikan usaha GreenGov.SG, di mana sektor awam berusaha untuk mencapai sasaran kelestarian yang tinggi dalam pengurangan karbon dan kecekapan sumber, serta menjadi pengaruh positif dan pemangkin kepada usaha hijau.
Menteri-Menteri mengesahkan semula komitmen untuk bekerjasama dengan Negara-Negara Anggota ASEAN yang lain bagi memperkukuh kerjasama dalam perlindungan alam sekitar, termasuk melalui inisiatif seperti penganjuran Mesyuarat Ke-26 Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dan Mesyuarat Ke-26 Jawatankuasa Pandu Peringkat Meteri-Menteri (MSC) Sub-Serantau Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan oleh Negara Brunei Darussalm pada bulan Julai 2025. Menteri-Menteri turut mengambil maklum mengenai kolaborasi berterusan dalam pengurusan tumpahan minyak.
Menteri-Menteri mengesahkan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dan memupuk persahabatan dan perkongsian yang lebih erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura.
Singapura akan menjadi tuan rumah BSAEV ke-19.