Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAkta-Akta dan Garispanduan


Akta daripada JASTRe:

Dua akta alam sekitar iaitu Environment Protection and Management Order dan Hazardous Waste Control Order telah di gubal. Hazardous Waste Control Order telah diwartakan pada awal tahun 2014, sementara Environment Protection and Management Order adalah masih didalam proses refinement sebelum ianya diwartakan.

Akta yang diperuntukkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain dan yang digunapakai oleh JASTRe:

Kanun Keseksaan (Penal Code) c.22 dan Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (Minor Offences Act) c.30 daripada Polis diraja Brunei

Akta Lembaga Bandaran (Municipal Board Act) c.57 dariapda Lembaga Bandaran

Akta Bekalan Air (Water Supply Act) c.121 daripada Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya.

Garispanduan daripada JASTRe:

Pada tahun 2002, Garispanduan Kawalan Pencemaran bagi Pembangunan Industri di Brunei Darussalam (Pollution Control Guideline for Industrial Development in Brunei Darussalam) adalah digunapakai bagi mengawal emissions, effluents dan discharge daripada aktiviti-aktiviti perkembangan dan pembangunan yang pelbagai.

Garispanduan Penilaian Impak Alam Sekitar di Brunei Darussalam (Environment Impact Assessment Guidelines for Brunei Darussalam ) juga digunapakai sebagai garis panduan bagi pelbagai bentuk pembangunan yang dicadangkan untuk dijalankan di Brunei Darussalam, dan juga telah dibentuk untuk melengkapkan Garis Panduan Kawalan Pencemaran Pembangunan Industri di Brunei Darussalam.