KEMPEN KEBERSIHAN SERPIHAN LAUT WIRA PANTAI SCAVENGER HUNT 202321 JANUARI 2023, Bandar Seri Begawan

Taman Rekreasi Pantai Muara, Januari 21 – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah mengadakan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau ‘marine debris’ berkonsepkan Scavenger Hunt di Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei dan Muara pada pagi 21 Januari 2023.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan.Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti dengan taklimat keselamatan. Acara kemudiannya diteruskan dengan senaman ringan dan kempen kebersihan serpihan laut di sepanjang persisiran pantai.
|
Turut hadir semasa acara tersebut ialah Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Yang Mulia Dayang Nor Aldila binti Hj Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan UndangUndang), pegawai-pegawai kanan, kakitangan-kakitangan dari jabatan-jabatan dan divisyendivisyen di bawah Kementerian Pembangunan dan wakil-wakil dari syarikat-syarikat Food and Beverage (F&B) iaitu Syarikat Air Rainwater RAB Global Green Sdn Bhd dan Syarikat Sehat Water IBIC Sdn Bhd.
 |
Seramai lebih 350 orang peserta telah ikut serta di dalam kempen tersebut. Di penghujung kempen tersebut, jumlah sisa sampah yang berjaya dikutip adalah sebanyak 1,488 kg. Divisyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah muncul juara bagi Kempen Kebersihan Serpihan Laut Wira Pantai ‘Scavenger Hunt’ 2023. Maklumat lanjut mengenai kempen ini akan dikongsikan di laman Instagram Jabatan: @jastre.bn.
 |
Kempen Kebersihan Senegara yang pertama bermula pada 13 Jun 2021, diadakan di tiga buah pantai secara serentak iaitu Taman Rekreasi Pantai Muara, Daerah Brunei Muara, Pantai Danau, Daerah Tutong dan Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut, Daerah Belait. Serpihan laut adalah merupakan salah satu masalah alam sekitar yang utama di peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa. Tujuan utama Kempen Kebersihan Wira Pantai ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan sisa yang dibuang ke persekitaran laut, terutamanya sisa plastik. Objektif kempen ini ialah untuk: (1) mengumpul ‘baseline data’ atau data asas serpihan laut di kawasan persisiran; (2) mengenalpasti jenis serpihan laut yang ada; dan (3) memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MARINE DEBRIS CLEAN UP CAMPAIGN COASTAL MARVEL SCAVENGER HUNT 2023
21 January 2023, Bandar Seri Begawan

Muara
Beach Recreational Park, January 21 – The Ministry of Development
through the Department of Environment, Parks and Recreation held a beach
cleanup campaign with a scavenger hunt concept focusing on marine
debris at Muara Beach Recreational Park, Brunei Muara District on the
morning of 21 January 2023.Present as Guest of Honour was Yang
Mulia Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Permanent Secretary
(Planning, Land Use and Environment), Ministry of Development.
 |
The
event began with the recitation of surah Al-Fatihah followed by a
safety briefing. The event continued with light exercise and proceeded
with the marine debris clean up campaign along the coastline.Joining the event were Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti
Haji Mohd Yaakub, Deputy Permanent Secretary (Construction Industry and
Development), Yang Mulia Dayang Nor Aldila binti Hj Mohd Salleh, Deputy
Permanent Secretary (Corporate and Law), as well as senior officers and
staff from the departments and divisions under the Ministry of
Development, and representatives from the Food and Beverage (F&B)
companies of Air Rainwater RAB Global Green Sdn Bhd dan Sehat Water IBIC
Sdn Bhd.
 |
More than a total of 350 participants joined the
campaign. At the end of the campaign, a total amount of 1,488kg trash
was successfully collected. The Division of Human Resource Management,
Ministry of Development was announced as the winner for the Marine
Debris Clean Up Campaign Coastal Marvel ‘Scavenger Hunt’ 2023. More information on the campaign will be made available via the Department’s Instagram account: @jastre.bn.
 |
The first campaign was conducted on 13th July 2021 at three different beaches at the same time - Muara
Beach Recreational Park, Brunei Muara District, Danau Beach, Tutong
Distrcit dan Lumut Beach Recreational Park, Belait District. Marine
debris is one of the key environmental issues at national, regional and
international levels. The main aim of Coastal Marvel is to raise
awareness in reducing the waste disposed into the marine environment,
particularly plastic wastes. The objectives of this campaign are to: (1)
collect baseline data marine debris in coastal areas; (2) identify the
types of marine debris found; and (3) empower the society to instill a
sense of responsibility towards protecting and preserving the
environment through proper waste disposal methods. |