Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKEMPEN MARITAH MENDERMA DARAH BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025

 



KEMPEN ‘MARITAH! MENDERMA DARAH’
BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2025


​​IMG_6122.JPGIMG_6171.JPG

Hari Selasa, 10 Jun 2025 - Kompleks Membeli-Belah One City, Jun 10 – Empat puluh enam (46) pain darah telah berjaya dikumpul oleh sekitar 50 individu yang menyertai Kempen ‘Maritah! Menderma Darah’ anjuran Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, hari ini.

​​IMG_6124.JPGIMG_6111.JPGIMG_6230.JPG


Kempen tersebut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 dan merupakan satu inisiatif JASTRe ke arah menyediakan satu wadah untuk menyemai rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat di samping menyokong objektif dan usaha berterusan Pusat Pendermaan Darah untuk
meningkatkan dan memastikan bekalan darah yang mencukupi bagi menangani keperluan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam.

​​IMG_6172.JPGIMG_6141.JPGIMG_6250.JPG


Dengan tagline ‘Merah mengalir untuk kehidupan. Hijau tumbuh untuk masa depan’, kempen ini turut menekankan kepentingan untuk memelihara antara satu sama lain di samping menggariskan kepentingan untuk menjaga alam sekitar, kerana dunia yang sihat bukan hanya tentang kebersihan dan kehijauan - ianya juga adalah mengenai masyarakat dan komuniti yang sihat.

IMG_6128.JPGIMG_6085.JPG


Pihak JASTRe ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Pendermaan Darah atas kerjasama yang diberikan sepanjang kempen diadakan serta kepada para penderma yang telah menyokong kempen ini.